percaya! masih tidak keseorangan...
Kehidupan..
Memang sukar hidup ini.. lebih sukar bila berhadapan dengan pelbagai dugaan.. siapalah aku untuk mengatakan TIDAK pada takdir. Namun DIA lah yang maha mengetahui segalanya. Asam garam kehidupan harus aku tempuh bersama usia yang kian meningkat. Dari kanak-kanak bergelar remaja namun meningkat pula ke alam dewasa itu adalah suatu perkara yang terbaik pernah terjadi dalam hidup aku. Bertambah lagi kematangan dalam mengorak langkah. Itu adalah sesuatu yang indah untuk di kenang walaupun pelbagai rintangan harus aku hadapi.. menginjak stahun ke setahun seakan-akan sudah sebati dgn hidup ini.. namun tiada hasil yang membahagiakan.betol ke?? Mungkin Hanya sekadar biasa-biasa saja. Mungkinkah disuatu masa nanti semua itu akan ada hikmahnya.. J ‘allah engkau dekat penuh kasih sayang. Takkan pernah engkau biarkan hambamu menangis’
Hanya yang mampu aku lalukan hanya memohon padaNYA. Suatu hari yang dijadikan pasti ada buat aku. Bilamana pengorbanan akan dibalas dgn baik kalau tidak hari ini pasti esok yang akan kunjung tiba.. begitulah demikian ingin aku khabarkan. Pada siapa rasa ini aku luahkan.. hanya aku coretkan buat tatapan dua pasang mata ini yang mengerti. Aku bukan siapa-siapa. Aku hanya insan yang bukan sekadar orang. Kehidupan ini harus aku ceriakan demi kebahagian sekeping hati. Mana mungkin ada yang mengerti bila kesusahan datang menghimpit derita. Tidak ada seorang yang berani menghampirinya. Redha atas surtan takdir. Kecuali yang bergelar aku. Akulah insan itu.. yang tak pernah mengenal erti jemu. Perit,lelah,penghinaan, pendustaan, pertuturan yang mengores rasa………….. semua itu aku telan bersama waktu yang berlabuh tirai keesokan harinya.. hidup ini andai coretannya seringkali menggunakan dakwat yang sama di atas nurkilan yang merupakan cerita yang mengasyikan pasti kecerian itu jua pudar dan tiada perasaan pada pembacanya. Lain halnya bila ia mencoretkan dgn pelbagai warna.. menjadikan yang indah itu lagi terserlah. Begitulah kehidupan. Aku hanya mampu mencoret namun aku tiada daya untuk menyempurnakannya.
Hidup hanya sekali. Tiada dua atau tiga.
Mimie
No comments:
Post a Comment