BILA HATI KATA CINTA


YA ALLAH
jika aku jatuh CINTA
CINTAkanlah aku pada seseorang yang melabuhkan CINTAnya padaMU untuk menCINTAIMU...

"Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya utk dijadikan atasnya, bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya. Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya. Dekat pada lengan untuk dilinduginya & dekat di hati untuk mencintai.."

Thursday, December 16, 2010

SEHARI BERSAMA TITISAN AIR JERNIH 'ITU'



salam buat semua. semoga anda yang sudi membaca blog ni berada dlm keadaan yang membahagiakan. anda bahagia, insya-allah saya akan turut bahagia. TERIMA KASIH kerana tak jemu2 sudi membuka dan masih setia membaca nurkilan yang sedih buat kesekian kalinya. bukan pinta saya untuk menceritakannya. namun hati yang tak tenang telah terpanggil utk membuka lembaran buat kali ini. entah mengapa perasaan itu hadir lagi... mungkin dengan berkongsi dengan seseorang (atau lappy nie pun) dah buat perasan saya ini sedikit terubat dengan kesedihan yang menimpa. tidak tahu apa puncanya. namun kehidupan ini seringkali menguji. 

ALHAMDULILLAH!.. bukan suka kerana mendapat kesedihan ini namun dalam tak sedar sebenarnya ujian dan dugaan ini adalah membuka mata saya selangkah mendekati ALLAH.. mengapa?? kerana.. tanpa ujian mana mungkin kita akan masuk syurga walaupun saya bukanlah manusia yang sempurna. 

masalah yang timbul bukanlah terlalu besar sehinggakan tiada jalan penyelesaian... namun keadaan memaksa bila masing2 dalam emosi yang terganggu.. (MARAH!).. sukar untuk menceritakan.. terlalu payah, mungkin skali lagi akan terbenam air mata itu di kelopak mata saya bila menceritakan. x mengapalah biarlah ia menjadi rahsia tersendiri.. siapakah gerangannya, asal usulnya tak perlu di ungkitkan.. kerana dia adalah dari keturunan yang baik2.. dan yang datang dan pergi itu adalah semuanya datang dari ALLAH yang menciptakannya... mungkin perihal dan keadaan yang memaksa!  membuatkan dia cukup berubah menjadi insan yang lepas laku... pasal 'dia' yang bikin saya sedih saya doakan dia akan berubah dan mentaati kedua org tuanya.. ingin skali saya laungkan padanya 'SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU'.. namun apelah daya saya. saya bukan siapa2 padanya. saya hanya manusia yang bukan sekadar orang.. Mungkin suatu saat nanti dia akan mengerti bilamana dia sendiri akan dikahwini dan menjadi seorang ibu. (YEA, saya tak lupa, saya sendiri mengingati tentang itu..panjang umo ada jodoh. telah tersurat mengikut kehendakNYA saya juga akan menjadi seorang ibu..) mana mungkin saya mengkhianati perjanjian tuhan perintahkan pada saya...
 -alhamdulillah. saya masih berada dalam keadaan sedar- O_^


OK, lupekan seketika tentang airmata itu. yang pergi tetap pergi .. dan yang datang sama2 kita doakan smoga semuanya dalam rahmat dan hikmah yang kita harapkan.. ada teman ni tak rugi. saya sanjung kalian penuh keikhlasan.. kata2 semangat sentiasa mengiringi. 

kata ixa: (kawan baik saya) 'sabar,bangkit & bertahanlah'.. 
kata is: (guru motiwasi saya.haha -olok2 je!) yang lepas jangan dikenang2kan. pikir ke hadapan.. :) 
kata fia: (teman susah/senang) ada hikmah di sebaliknya. saya sayang awk. x suke tgk awk sedih.
kata teman2 di 'FB' : never give up! x perlu sedih2 ! bersabarlah! awk sdih saya pun sedih! & bermacam2 lagilah yang mereka share di peti masuk tu..
thanx to all... kerana tanpa anda tak mungkin saya akan terus bertahan sampai ke saat ini. dah pelbagai saya lalui. sakit di bedah skali pun saya pernah lalui. cuma bila hati tersentuh mulalah bermacam ragam yang di pertontonkan..---> saja nak ambik perhatian kot. haha.. ( anak manja ker saya ni?? ) yang pasti itu bukan soalnya. hati & perasaan jangan di ambil mudah.. kay!


>>>>Nak tau!! (mata saya dalam mood bengkak skrg ni) x percaya? buat2 jela percaya. haha... 


AIRMATA memang memberikan ketenangan. hikmahnya x siapa yang tau. tapi bagi saya selagi saya x menangis, selagi itulah hati saya x puas! indahnya setitis air jernih itu. segala-galanya memberi maksud yang amat tersirat bagi yang mengerti :)


HARGAILAH KEBAHAGIAN DAN SAAT KECERIAAN ITU KERANA KITA SENDIRI TIDAK TAHU BILA PULA HARI TERBAIK ITU TIBA & HADIRNYA AIRMATA ITU KAPANKAH MASANYA....

-Mimie- 

Tuesday, December 14, 2010

Kita Hanya Merancang - Tuhan Yang Menentukan


 GOD'S PLAN....

you plan to be happy you don't plan to be shattered.
sometimes if you work hard enough, you can get what you want
but MOST times, what u want and what you get are two diffrent things.

we, mortal, plan. but so does God in the heavens...
sometimes, it is difficult to understand
God's plan especially when his plan
are not in consonance with ours.

often, when God sends us crisis, we turn to him in anger. 
true, we cannot choose the cross that God wished us to carry, 
but we can carry that cross with courage knowing that God
will never abandon us nor send something we cannot cope with.


 ________________________________________________________________


SOMETIMES...

sometimes god breaks our spirit to save our soul.

sometimes, He breaks our heart to make us whole

sometimes, god allows pain so we can be stronger

sometimes god sends us failure so we can be humble

sometimes god allows illness so we can take better care of ourself

sometimes god takes everything away from us so we can learn the value og everything he gave us

make plans, but understand that we live by God's grave.

-Unknown-

-Mimie-

Saturday, December 11, 2010

BILA MATA MASIH TERJAGA..




percaya! masih tidak keseorangan...



Kehidupan..
Memang sukar hidup ini.. lebih sukar bila berhadapan dengan pelbagai dugaan.. siapalah aku untuk mengatakan TIDAK pada takdir. Namun DIA lah yang maha mengetahui segalanya. Asam garam kehidupan harus aku tempuh bersama usia yang kian meningkat. Dari kanak-kanak bergelar remaja namun meningkat pula ke alam dewasa itu adalah suatu perkara yang terbaik pernah terjadi dalam hidup aku. Bertambah lagi kematangan dalam mengorak langkah. Itu adalah sesuatu yang indah untuk di kenang walaupun pelbagai rintangan harus aku hadapi..  menginjak stahun ke setahun seakan-akan sudah sebati dgn hidup ini.. namun tiada hasil yang membahagiakan.betol ke?? Mungkin Hanya sekadar biasa-biasa saja. Mungkinkah disuatu masa nanti semua itu akan ada hikmahnya.. J ‘allah engkau dekat penuh kasih sayang. Takkan pernah engkau biarkan hambamu menangis’
Hanya yang mampu aku lalukan hanya memohon padaNYA. Suatu hari yang dijadikan pasti ada buat aku. Bilamana pengorbanan akan dibalas dgn baik kalau tidak hari ini pasti esok yang akan kunjung tiba.. begitulah demikian ingin aku khabarkan. Pada siapa rasa ini aku luahkan.. hanya aku coretkan buat tatapan dua pasang mata ini yang mengerti. Aku bukan siapa-siapa. Aku hanya insan yang bukan sekadar orang. Kehidupan ini harus aku ceriakan demi kebahagian sekeping hati. Mana mungkin ada yang mengerti bila kesusahan datang menghimpit derita. Tidak ada seorang yang berani menghampirinya. Redha atas surtan takdir. Kecuali yang bergelar aku. Akulah insan itu.. yang tak pernah mengenal erti jemu. Perit,lelah,penghinaan, pendustaan, pertuturan yang mengores rasa………….. semua itu aku telan bersama waktu yang berlabuh tirai keesokan harinya.. hidup ini andai coretannya seringkali menggunakan dakwat yang sama di atas nurkilan yang merupakan cerita yang mengasyikan pasti kecerian itu jua pudar dan tiada perasaan pada pembacanya. Lain halnya bila ia mencoretkan dgn pelbagai warna.. menjadikan yang indah itu lagi terserlah. Begitulah kehidupan. Aku hanya mampu mencoret namun aku tiada daya untuk menyempurnakannya.
Hidup hanya sekali. Tiada dua atau tiga.

Mimie

Tuesday, June 29, 2010

kenangan yang sukar di lupakan..

PERMULAANNYA...
dari Sminggu ke seminggu tulang makin membengkok


5 tahun yang lalu... aku melalui satu 'pembedahan' tulang belang yang di panggil sciolosis... itulah realiti.. satu kejadian yang x pernah aku lupakan... aku mula jatuh sakit ketika usia 13 tahun (form1)..pulang dari skolah (SMK CONVENT BUKIT NANAS) aku muntah2 selepas makan mee hoon di sekolah.. sebab dan akibat itu hanya satu kebetulan... sejak dari itu sekejap baik sekejap demam.. lalu selepas itu mama membawa aku ke pediatrik,KL.. after 6 month aku di sahkan sakit leaukimia.. memang sedih tapi itu kehendaknya... aku lalui kehidupan ini seperti biasa... suka bila ada yang menghiburkan.. seusia itu aku gagahi.. makan ubat hasil kiriman doktor rasanya x sanggup... keadaan itu makin pulih namun di sebaliknya pula yang berlaku.. tulang blakang aku mula membengkok ke arah tulang rusuk kanan.. tidaklah sakit namun sentiasa mengadu lenguh... memang x dapat bayangkan..



keadaan tlg & besi .. sebelum dan selepas pembedahan...
mengikut x-tray...

 hanya pada siapa yang merasa aku tau ape yang aku rasa.. keadaan dah berubah.. semuanya rasa bagaikan tiada erti.. orang selincah aku kini tiada lagi penyeri hidup di taman keluarga... dari semingu ke seminggu badan aku mula bengkok nampak amat ketara... pakai baju pun namapak agak lain bentuk badan... menangis hanya di dalam hati...
aku mulakan rawatan berjumpa doktor sebulan demi sebulan sehingga aku di beritahu aku harus di bedah bagi membetulkan tulang yang bengkok.. resah menanti hari untuk di bedah... jumlah berupa wang yang harus dibelanjakan mmg memerlukan begitu banyak.. kuasa allah tiada siapa yang tahu.. semenjak dari aku jatuh sakit.. pekerjaan abah semakin baik.. projek sentiasa masuk.. lalu dengan hasil itu semua abah berjaya mengeluarkan sebanyak rm26 ribu.. ats bantuan semua aku berjaya untuk di bedah..

keadaan di alam realiti di dalam bilik pembedahan...
( jgn terkejut bila melihat.. ini semua hanya dugaan semata)

12hb sept. 2005..hati ku jadi rawan bila mama menguruskan segala2nya bagiku bermula memakai baju berwarna putih,topi bedah dan memakan ubat.. pilu hati saat aku terpaksa berpisah dgn mama dihujung pintu bilik operation... berdoa dan terus berdoa.. apatah lagi pembedahan paling besar aku lalui... hidup dan mati aku tempuhi biarlah untu kali ini...
sehari selepas itu aku sedarkan diri dan mula mengenali org sekeliling setelah 12jam melalui operation..
10hari aku di wad aku minta pulang dengan MR.FAZIR ( doktor yang bertanggungjawab merawat aku).. x sabar nak balik rumah punca utama... :) rindu semuanya..
masa begitu cepat berlalu..akhirnya aku pulih seperti sediakala.. itulah semuanya dugaan yang di pinjam dari ALLAH.. dialah segala2nya...

keadaan yang terjadi selepas itu...
di dalam keadaan yang baik dan kembali pulih
AKHIRNYA....

alahamdulillah kini aku bertambah sihat...
ingin cantik, bergaya menjadi inspirasi aku kini...... =)

* thanks pada semua yang datang melawat...
* my fwen. ixa n deena.. LOVE u...
* pengorbanan mama yang tiada tandingan
* pada doktor, nurse... everything u all do make me smile always.